FAQ – Soalan Lazim
1. Adakah produk yang dijual adalah original?
Ya. Semua produk yang dijual adalah asli, berkualiti dan diperiksa terlebih dahulu sebelum penghantaran dibuat bagi memastikan pelanggan menerima produk dalam keadaan baik.
2. Bagaimana cara membuat pesanan?
Anda boleh membuat pesanan terus melalui laman web kami dengan memilih produk, menambah ke troli dan membuat bayaran melalui kaedah pembayaran yang disediakan.
3. Bila pesanan akan diproses?
Pesanan akan diproses dalam tempoh 1 – 2 hari bekerja selepas bayaran disahkan.
4. Berapa lama tempoh penghantaran?
Anggaran tempoh penghantaran adalah seperti berikut:
- Semenanjung Malaysia: 1 – 5 hari bekerja
- Sabah & Sarawak: 3 – 7 hari bekerja
Tempoh mungkin berubah bergantung kepada pihak kurier.
5. Adakah saya akan menerima nombor tracking?
Ya. Setiap pesanan akan diberikan nombor tracking selepas penghantaran dibuat bagi membolehkan pelanggan menjejak status barang.
6. Adakah penghantaran dijamin sampai?
Ya. Kami menyediakan jaminan penghantaran 100% sampai.
Sekiranya berlaku kehilangan atau masalah penghantaran, pihak kami akan bertanggungjawab sepenuhnya.
7. Apakah kaedah pembayaran yang diterima?
Kami menerima beberapa kaedah pembayaran seperti:
- Online Banking / Instant Transfer
- Kad Debit & Kad Kredit (Visa / Mastercard)
- E-Wallet (tertakluk kepada ketersediaan)
8. Adakah bayaran perlu dibuat penuh?
Ya. Semua bayaran perlu dibuat sepenuhnya sebelum penghantaran.
9. Bolehkah saya membuat pembelian borong atau pukal?
Ya. Kami menerima pembelian borong. Sila hubungi pihak kami untuk mendapatkan harga khas borong.
10. Bolehkah pesanan dibatalkan selepas bayaran dibuat?
Pembatalan pesanan tidak dibenarkan selepas bayaran dibuat, kecuali atas sebab tertentu yang dipersetujui bersama pihak kami.
11. Apa perlu saya lakukan jika barang rosak atau bermasalah?
Sila hubungi kami dalam tempoh 24 jam selepas barang diterima berserta gambar atau video sebagai bukti untuk tujuan semakan.
12. Bagaimana cara menghubungi pihak anda?
Anda boleh menghubungi kami melalui:
📞 WhatsApp
📧 Email rasmi
🕘 Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 pagi – 6.00 petang)
