Terma & Syarat
Dengan mengakses dan menggunakan laman web ini, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan di bawah.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian terma ini, sila hentikan penggunaan laman web serta perkhidmatan kami.
1. Penggunaan Laman Web
- Laman web ini digunakan bagi tujuan pembelian produk yang sah sahaja.
- Pengguna bertanggungjawab memastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat, lengkap dan terkini.
- Sebarang penyalahgunaan laman web adalah dilarang sama sekali.
2. Produk & Maklumat
- Semua maklumat produk dipaparkan sebaik mungkin mengikut keadaan sebenar.
- Warna, bentuk atau pembungkusan produk mungkin berbeza sedikit bergantung kepada paparan skrin dan stok semasa.
- Pihak kami berhak mengubah, menambah atau menghentikan mana-mana produk tanpa notis terlebih dahulu.
3. Harga & Pembayaran
- Semua harga yang dipaparkan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
- Bayaran mestilah dibuat sepenuhnya sebelum pesanan diproses.
- Bukti pembayaran wajib dihantar untuk tujuan pengesahan.
- Pesanan tanpa bayaran tidak akan diproses.
- Semua bayaran yang telah dibuat adalah tidak boleh dipulangkan kecuali atas sebab tertentu yang dipersetujui bersama.
4. Proses Pesanan
- Pesanan hanya akan diproses selepas bayaran disahkan.
- Pihak kami berhak membatalkan pesanan sekiranya berlaku maklumat tidak lengkap atau mencurigakan.
- Pembatalan pesanan selepas bayaran dibuat adalah tidak dibenarkan kecuali dengan persetujuan bersama.
5. Penghantaran
- Penghantaran dilakukan menggunakan syarikat kurier yang dipercayai.
- Tempoh penghantaran adalah anggaran dan bergantung kepada pihak kurier.
- Nombor tracking akan diberikan selepas penghantaran dibuat.
- Kami menyediakan jaminan penghantaran 100% sampai tertakluk kepada terma yang ditetapkan.
6. Tanggungjawab Pelanggan
- Pelanggan bertanggungjawab memastikan alamat penghantaran adalah tepat dan lengkap.
- Sebarang kesilapan alamat yang menyebabkan kelewatan adalah di bawah tanggungjawab pelanggan.
- Pelanggan hendaklah menghubungi pihak kami dalam tempoh 24 jam sekiranya terdapat masalah dengan pesanan.
7. Polisi Pemulangan & Pertukaran
- Pemulangan atau pertukaran hanya dipertimbangkan bagi kes tertentu sahaja.
- Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam selepas barang diterima.
- Produk mestilah dalam keadaan asal, tidak digunakan dan lengkap.
8. Hak Cipta & Kandungan
- Semua kandungan termasuk teks, gambar dan reka bentuk adalah hak milik laman web ini.
- Sebarang penggunaan tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang sama sekali.
9. Perubahan Terma & Syarat
Pihak kami berhak untuk mengemas kini, meminda atau mengubah terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Sebarang perubahan akan berkuat kuasa sebaik sahaja dikemaskini di laman web.
10. Persetujuan
Dengan membuat pesanan dan bayaran, pelanggan dianggap telah bersetuju sepenuhnya dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan di laman web ini.
